Monday, October 15, 2012
858am . selasa 160ct2012
masih terngiang cerita sebelum ni. salut dengan kerja banyak yang tak terhenti.
tunggu sekejap . aku nak kena kopi,
mungkin sikit asap?
classic way of slow motion death.
haha.. kenapa? kerana kita suka nampak seperti kita bayangkan .
kerja banyak lagi,
selagi ada nyawa, kerja x akan berhenti .
morning everyone .
yang kita kerja adalah untuk kegembiraan kita,
dekat sini
dekat dunia
yang kita kumpul adalah amalan wajib kita.
arahan DIA
untuk sini
dengan sana,
insyallah, seimbanglah kalau kita faham,terima dan amalkan.
amin.
Saturday, October 13, 2012
Umur
Tua,
Muda,
Tak lambat,
Tak cepat,
Tak terikat
Tak tersempat,
Pergi
Yang kenal,
Yang sekejap,
Yang sekelip,
Kata lama,
Kata cinta,
Kata ikatan,
Kata akrab,
Kata musuh
Dan
Kata kenal
pergi
Yang tinggal,
Semua yang terpalit di hati-hati lain
kejam,
ya
tapi ini ajar manusia
Tuesday, June 19, 2012
tapi aku mahu kau pasti
akan NYA dengan hati kau sendiri
menangis ketwa mmg sekali kita bersama
aku selalu berdoa bukan saja bersumpah
aku bisa janji
jika mati pun DIA tahu
kau antara hadiah terindah kepada aku
kenapa kasih kita dulu indah
kerana yang indah kita cipta semua dunia
tolong pastikan apa ini semua betul
aku tanya
apa kasih kau itu pastinya kau nilaikan
tidak kasih
kau buta dari segala sudutnya
kau buta untuk faham apa aku puitiskan
sunguh mungkin tahunan tahunan dulu kita berdua bahagia.
jadi percaya kasih
kau tidak nampak segala
aku tahu puisi kau ambil ini bukan nya sempurna semua nya untuk aku
tapi aku janji
ketawa nangis itu aku doa untuk bersamamu
apa yang ingin aku sembunyikan
sedangkan kau yang tidak mengunakan sifatmu
aku minta kau lihat
bukan dari mata asal nya sahaja
aku minta kau dengar bukan untuk dengaran sahaja
aku mahu kau rasa merasa dari akarnya
bukan menggukur dengan atas bukunya
bukan soal atas soalan sebarisannya
kau tahu aku bedoa atas sumpahan kasih aku pada kau
ya aku tahu mungkin aku saja yang mampu faham segala celoteh bising kau
atau mungkin
aku tahu aku paling cuba untuk segala
hadir dan ingati semuanya
tapi kasih itu dunia
hanya dibuat sebagai mengetahui kita ini manusia
hambanya. hanya besyukur masih lagi bernafas
dan berdoa ntuk kita selamanya ke akhir nanti
tapi kasih
atas puisi lagu ini yang kau beri
apa kau masih pekak atau pekak kan
untuk menghargai aku atas kekasih mu sendiri
bukan untuk aku soal beribu yang lalu
tapi hanya untuk kamu
aku perempuan
minta kasih yang satu aku doa kau berikan
sebaagai askarnya
minta kau bercinta dengan ilahi
supaya kau tahu mencintai wanita
sudah puitis beri puitis aku nyanyikan
kau lupa
lalu alpa marah dan kau hancur dengan aku
dengan dua kaki jarak mata mu
kau catitkan seoalah satu dunia malapetaka
jadi kasih
aku doa
minta izin harapnya bukan ini yang terakhir
aku balas melalu puisi lagu ini
rahsia hati ini
tidak pernahh aku sembunyikan
aku pergi atas ilahi itu sendri
tapi atas nya dia pasti
kau aku kasihi
dan lagu ini
tidak akan aku nyanyikan
kerana dia sahaja tahu perginya aku
hanya dia sahaja tahu kisah hidup aku
jadi dengan masih bernafas ini.
aku doa untuk kali ini
kau dapat lihat dengan sempurna
game on
Wednesday, May 30, 2012
tidak
tidak
sejujurnya tidak tahu
bukan kosong
bukan diri melopong
cuma tidak tidak tidak tahu
dihentak sekuatnya dengan sebaris tulisan
dikata diri diganti
macam baju
macam pen habis dakwat
tidak lagi berguna
tidak tahu apa
gembira akan kebenaran yang perit
sedih atas kesalahan yang dibangkit
atau sebenarnya atau
rasa diri bodoh seperti tungul mati
tak tahu
bukan kosong
cuma tidak tahu
atau lari
dari ingin tahu.
perasaan beperang
antara rasa betul atau tak
untuk menerima segalanya yang hilang
Wednesday, May 2, 2012
Hari Jadi Dua Zaman
Dari dua zaman berbeza,
Satu,
Yang langkahnya kini untuk adiwira,
Yang dihadiahkan lagi permata,
Lekat untuk dikandung jadi daging,
Sempurna lagi satu ciptaan,
Hadiah tiada ucapan,
Dua,
Yang langkahnya kini untuk membesar,
Untuk cinta dunia,
Sandiwara dengan langkah2 seterusnya,
Untuk cuba jadi salah,
Untuk cuba jadi betul,
Untuk digelar apa yang layak,
Anak remaja ingin belajar,
Dua perempuan cantik,
Di cipta di tarikh yang sama,
Di zaman berbeza,
Terima Kasih tuhan,
Kerana hadiahkan kedua-duanya untuk,
Aku
Monday, April 2, 2012
11.14pm
setiap kali ada saat sendiri
mesti keluar
penat penat penat.
tapi
masih lagi kena jugak menolak.
xpasti masih lagi mampu atau tidak
rasa macam nak berhenti
hentikan saat masa
semua
sekejap.
tanpa apa-apa
tak pasti masih mampu lagi ke tidak
sbb mmg xberhenti mengeluh
penat
Friday, March 2, 2012
aku takda malu
kasihan
mereka ni tidak sempurna semua di dunia
xmampu untuk jalani hidup seperti biasa
hanya kerana mereka sudah azalinya tidak
sedihnya
mereka cuba berusaha untuk capai segala dengan rupa mereka
yang xbersalah
sedih sedih
hanya sekadar ingit melihat mimiknya cukup memedihkan
sedihnya
bila lihat bertapa mereka ingin berusha
bertapa mereka menolak pertolongan yang seringkali meningati bertapa kurangnya mereka
sedih kasihan dan terkila
napa mereka yang patut disempurnakan
dan kalian2 dan aku sekal iharus ditarik seluruh kesempuranaan?
sedihnya mereka begitu masih tahu erti syukur
tahu erti hidup pada yang asasnya
faham setia nya pada yang satu. NYA.
dari lihatnya dunia
mereka benar2 kurang segala cacat keseluruhanya
tidak mampu menjadi bijaksana
tapi jika dibandingi aku dan dia
aku lebih cacat dari keselurhan ciptaanya.
remuk
remuk hati aku hari ni
dihentak oleh perkataan yang dilontar biasa
nasib lah kalau dikenali sebagai wanita sifat jantan
aku tak pasti ada lagi x harapan
layak ke wanita sifat jantan?
aku ingin balik pada yang satu
nak tolak rasa cinta ni jauh sudut nya
smpi xnampak
aku nak tolak
aku nak tarik balik asas diri aku semula yang hanya hidup mati untuk NYA Keluarga dan kerjaya
bukan untuk dia..bukan
remuk hati aku hari ni
x tersangka itu yang tekeluar
mungkin aku ni yang terlalu menggesa
atau mungkin xlayak
aish diri ni mana layak pun sebernarnya
hanya hayalan saja buat ia nampak seperti layak keseluruhanya.
aku pasti
antara mereka hanya menggjaga hati
aish xpayah la. hati ni pun sudah separuh mati xpasti akan hidup lagi,
nasib badan seorang wanita sifat jantan
aku tolak yang merangkul aku dalam hayalan
bagun.balik pada asal.kerjaya
Sunday, February 5, 2012
pujian langit tingginya
pada cacian
pada segala hiburan
pada kecantikan?
tak takut ke kau
dugaan ini mengunung banyaknya
dengan pakaian segala bagai
dengan kain2 cantik melambai
tak takut ke?
tak takut ke kau
atas pengorbanan kau lakukan
baiklah, kita tolak caci maki
itu bukan isu sebenarnya
tapi tak takut ke kau
mungkin kau tak dapat rasa
nikmat dunia?
aku fikir
tak takut ke kau
tiada calitan pemerah pipi
tiada hitam besar mata
tiada kilat kilat bibir
tiada cantik rambut besiur
segala ditutup
tak takut ke kau?
tak takut ke kau
dugaan yang mendatang?
kau tolak semua yang ada
amik yang mana harus kau jaga
aku puji
tapi tak takut ke kau?
aku tanya, tak takut ke kau?
*soalanya : macam mana kau mampu lakukan.
Friday, January 20, 2012
lari lagi
bukan untuk mengalah
bukan penakut
tapi untuk mengubah nasib diri
larinya jasad kali ini
maksud nya beza
niatnya beza
alun2 nadanya
berubah sama sekali
larinya jasad ini
untk membukti yang terbukti
untuk matikan yang sudah mati
untuk mengejar cita-cita sahih , pasti
lari jasad kali ini
satu langkah
satu suara nafas bisikan baru
untuk mereka yang leka
untuk mereka mengejar gembira
mengejar takuk lama
menjadi jahanam durjana hamba dunia
lari jasad ini
sebagai bukti ciptaan berani
sebagai bukti keihklasan menaikan taraf diri
menyelimut dosa dosa duniawi
menjauhi pentas tari menari
membisukan kata-kata najis busuk tahi
membuang asap kepulan ilusi fantasi
membersihkan diri
melahirkan
larinya jasad ini ,
kali ini
untuk memenangi
kasih yang satu-satunya darinya.